USAHAWAN D’SAWIT CAFE
NAMA : MUZAFFAR SHAH BIN MOHD JAPRI
UMUR : 33 TAHUN
AHLI : 2023
Latar belakang
Encik Muzaffar Shah memulakan perniagaan makanan dan mengambil tempahan secara online dan memasak dari rumah sahaja.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum penglibatan NADI beliau tidak tahu cara untuk membuat poster dan memasarkan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kampung Baru Kuala Bikam kini hasil jualan beliau meningkat sehingga 3 kali ganda selepas menyertai Program Keusahawanan di NADI. Beliau juga telah berjaya mendapatkan beberapa bantuan dari agensi seperti peralatan memasak daripada Kemas & Geran GeRAK oleh Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) hasil bimbingan NADI.


