Sebanyak RM350 juta telah diperuntukkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkasa pusat NADI, termasuk membimbing usahawan desa menambah pendapatan melalui perniagaan dalam talian, seperti diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, ketika pembentangan Belanjawan 2026.
Melalui teras Keusahawanan di bawah Perkhidmatan Pintar NADI, NADI akan terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin ekonomi komuniti dengan menyediakan latihan, bimbingan serta akses digital kepada usahawan tempatan.
Usaha berterusan ini diharap dapat memberi lonjakan baharu kepada usahawan desa untuk terus berkembang, bukan sahaja dalam pasaran tempatan, tetapi juga di peringkat antarabangsa.
#NADIMCMC#Belanjawan2026#PerkhidmatanPintarNADI